Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

PROGRAM DWIBAHASA
DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

SK Puteri telah menyertai program rintis Dual Languange Programme (DLP) sejak tahun 2016 dengan membuka kesemua kelas Tahun 1 dan Tahun 4 seiring dengan kebitaraan SK Puteri dalam bidang Bahasa Inggeris. Semua murid Tahun 1 dan Tahun 4 bagi tahun tersebut diwajibkan untuk menyertai program ini. Taklimat dan surat persetujuan ibu bapa turut disertakan bagi memberi penjelasan tentang program ini. Program ini akan berterusan dan kini semua murid kelas Tahun 1, Tahun 2, Tahun 4 dan Tahun 5 di SK Puteri sesi 2017 menyertai program DLP. 

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

No comments:

Post a Comment