Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

Wednesday 26 October 2016

Sumbangan sempena perayaan Deepavali






27 Okt - Penyerahan sumbangan sempena perayaan Deepavali. Semoga sumbangan ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka.





Monday 24 October 2016

PKSR Akhir Tahun


21~27 Okt - Berlangsung peperiksaan PKSR Akhir Tahun 2016. Didoakan semua anak-anak SK Puteri dapat menjawab dengan jayanya dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Saturday 22 October 2016

Tempat ketiga Festari Peringkat Negeri Sembilan

22 Okt - Kumpulan Jentayu SK Puteri telah memenangi tempat ketiga dalam Festari Peringkat Negeri Sembilan. Tahniah kepada murid & guru.

Johan Tarian Integrasi RIMUP Peringkat Negeri Sembilan 2016





22 Okt -Alhamdulillah SK Puteri, SJKC Chan Wa dan SJKT Lobak yang mewakili daerah Seremban 1 telah berjaya menjadi johan bagi Pertandingan Tarian Intergrasi RIMUP peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di pusat membeli -belah Seremban Prima. Pasukan ini telah menggondol kategori Persembahan Terbaik sekaligus menggondol gelaran Johan Keseluruhan bagi pertandingan ini. Terima kasih kepaada semua guru dan ibu bapa yang turut membantu. Tahniah untuk pasukan penari SK Puteri.

Karnival Tradisional SKK 2016




22 Okt - Telah berlangsung Karnival Puisi Tradisional Sekolah-sekolah Klustetr Kecemerlangan (SKK) bertempat di SKS2B, Seremban. Pasukan SK Puteri telah menyertai tiga acara kategori yg dipertandingkan iaitu seloka, pantun dan syair.Tahniah kepada murid dan guru yang telah berlatih dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Keputusan pertandingan:
Seloka: penyertaan
Pantun : suku akhir
Syair :Tempat ke 3

Monday 10 October 2016

English Jamboree 2016







8 Okt - Tahniah kepada pasukan Migthy One Challange SK Puteri dan Dikir Barat in English yang telah menyertai English Jamboree 2016, National Level anjuran SK Seremban 2A. Pasukan Mighty One berjaya mendapat tempat keempat dan penyertaan untuk pasukan dikir barat. Walaubagaimana pun,semangat yang ditunjukkan oleh setiap murid dan guru adalah sangat membanggakan.



Saturday 8 October 2016

Hari Sukan Negara












8 Oktober - Hari Sukan Negara SK Puteri yang dijayakan dengan penuh meriah dan bersemangat. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik Celik Tari yang menggabungkan elemen tarian di dalam senaman bagi memupuk minat murid terhadap tarian yang merupakan salah satu kebitaraan sekolah dan beberapa pertandingan permainan antara rumah-rumah sukan seperti  :

  1. Bola Jaring
  2. Catch Ball
  3. Futsal 
Minda yang cerdas lahir dari badan yanng sihat.
Tahniah untuk semua warga Puteri!!