Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

Saturday 18 March 2017

Penubuhan Bridget Bestari SK Puteri








17 Mac - Sekitar majlis penubuhan pasukan Bridget Bestari SK Puteri. Antara objektif penubuhan pasukan ini adalah :


  • Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam  menggunakan aplikasi di sekolah. 
  • Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah.  
  • Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam  bidang ICT.     
  • Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan Komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.  
  • Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi  maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.         

Pasukan ini terdiri daripada beberapa orang guru yang dilantik sebagai advokasi dan dua orang murid dari setiap kelas bermula dari murid tahun 2 sehingga tahun 6. Semoga pasukan ini dapat membantu SK Puteri dalam meningkatkan penggunaan dan pengetahuan tentang ICT khususnya penggunaan aplikasi FROG VLE. 

1 comment:

  1. Slotty Free Slots - Casino, Slotty, Free Casino & Bonuses
    Slotty Free 논산 출장마사지 Slots. Slotty is a free game online. Play 원주 출장샵 and win real money 세종특별자치 출장샵 playing online 김해 출장마사지 slots 부천 출장마사지 from the comfort of your own home.

    ReplyDelete