Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

Tuesday 30 August 2016

Warna-warni Sambutan Bulan Kemerdekaan Sk Puteri 2016



19 Ogos - Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-59 Sk Puteri telah dirasmikan oleh Pn. Nadiah Chin selaku guru besar dengan tema Sehati Sejiwa.

Friday 26 August 2016

Hari Bertemu Pelanggan Kali ke-3


Hari bertemu pelanggan kali ketiga akan diadakan pada 2 September 2016 bermula pada jam 10:00pagi hingga 12:30 tengah hari bertempat di kelas anak masing-masing.

Wednesday 17 August 2016

Puteri Johan Pertandingan Robotik





8 Ogos-Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan robotik Sk Puteri yang telah mendapat Johan dan tempat ketiga dalam National Robotics Competition peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di SDAR. Selain itu, mereka turut menggondol gelaran Best Team Presentation dan Best Teamwork dalam menghasilkan robot bertemakan Rap The Scrap. Sama-sama kita dokan kejayaan mereka yang akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan.

Thursday 11 August 2016

Pandu Puteri Tunas ke United Kingdom






27 Julai~7 Ogos-Syabas dan tahniah kepada guru penasihat dan 3 orang pelajar ahli Pandu Puteri Tunas yang telah menyertai International Scout and Guide Camp Charnwood 2016 di Leicestershire United Kingdom.

Wednesday 10 August 2016

Pertandingan Bahasa Tamil 1 Malaysia


6 Ogos - Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai Pertandingan Bahasa Tamil 1 Malaysia Peringkat Negeri 2016 sempena Sambutan 200 Tahun Pendidikan Bahasa Tamil di Malaysia anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Salah satu daripada dua pasukan yang dihantar telah berjaya melangkah ke peringkat akhir namun terpaksa berpuas hati dengan hanya mendapat tempat saguhati. Pasukan yang terdiri daripada pelajar berbangsa India dan Melayu ini dikehendaki menghafal perkataan-perkataan dalam Bahasa Tamil dan maksudnya dan mereka akan diuji semasa pertandingan dijalankan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar SK Puteri yang berani menyahut cabaran dan beroleh kejayaan. 

Sunday 7 August 2016

PKSR UJIAN 2 2016


Berikut adalah jadual waktu PKSR Ujian 2 yang akan dijalankan pada 15,16 dan 17 Ogos 2016 yang hanya melibatkan matapelajaran teras sahaja. Kelas tasmik, kelas bimbingan, kegiatan kokurikulum dan kelas agama petang berjalan seperti biasa.

Thursday 4 August 2016

Johan Poetry & Public Speaking Karnival Bahasa Inggeris



4 Ogos - Tahniah kepada peserta Public Speaking yang disertai oleh adik Arianna Saiful dan peserta Poetry yang diwakili oleh adik Cassendra dan Izu Batrisyia yang telah mengharumkan nama Sk Puteri dengan menggondol gelaran johan untuk kedua-dua kategori yang dipertandingkan.Ketiga-tiga mereka akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat seterusnya.Tahniah & syabas!!

Wednesday 3 August 2016

Puteri Johan Festari Tarian Kreasi





23 Julai -  Tahniah kepada pasukan tarian Sk Puteri, Kumpulan Jentayu yang telah berjaya mendapat Johan dalam Pertandingan Festari Tarian Kreasi bersempena Karnival Kesenian Peringkat Daerah Seremban yang diadakan di SMK Seremban Jaya 2. Didoakan supaya kumpulan Jentayu terus berjaya di peringkat seterusnya.

Tuesday 2 August 2016

National Spell-It-Right Challange (SIR)









23 Julai - Seramai 25 orang murid telah mewakili Sk Puteri dalam pertandingan Spell-It-Right Challenge (SIR) bertempat di Seremban Prima. 5 orang daripada mereka telah berjaya melepasi saringan hingga ke peringkat akhir. Lebih dibanggakan apabila tiga pemenang utama berjaya diraih oleh murid-murid Sk Puteri dan akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat yang seterusnya. Saksikan suasana sepanjang pertandingan dijalankan =>> https://m.youtube.com/watch?v=c n6KSLV-V_s&feature=youtu.beu


Senarai pemenang Spell-It-Right (SIR) Challenge

Tempat pertama :  Shriyaa Sharma (Tahun 5)
Tempat kedua    :  Harshavardini (Tahun 5)
Tempat ketiga    :  Monisha Guha (Tahun 4)
Saguhati            :  Nurin Alysha (Tahun 5)
Saguhati            :  Abilaasha (Tahun 5)

Johan NILAM Peringkat Daerah Seremban

Adik Nur Intan Alyaa (Johan kategori Bahasa Melayu)

Adik Iszahra Regina (Johan kategori Bahasa Inggeris)





20 Julai - Tahniah kepada murid-murid yang telah mewakili Sk Puteri dalam pemilihan Tokoh NILAM daerah Seremban. Kelima-lima wakil dari Sk Puteri berjaya mendapat tempat dalam kategori yang dipertandingkan.

1) Nur Intan Alyaa
    (Johan - kategori BM)
2) Iszahraa Regina
    (Johan - kategori BI)
3) Izu Batrisyia
    (tempat ke-3 kategori BI)
4) Diwayca Shree
    (pembaca terbanyak)
5) Nia Nur Irdina
    (tempat ke 5 - kategori BM)                          
    (saguhati ke-2 keseluruhan)



Monday 1 August 2016

Bengkel UPSR Bahasa Inggeris







Bengkel UPSR Bahasa Inggeris bersama murid-murid tahun 6 telah diadakan pada 21 Julai yang lalu bagi tujuan membimbing anak-anak Sk Puteri untuk menjawab soalan peperiksaan bersama penceramah jemputan Pn. Galoria Marsh. Sama-sama kita doakan anak-anak Sk Puteri beroleh kejayaan yang cemerlang.

Karnival Sains & Teknologi (KASTEK)


Pertandingan Eureka Ree Beach House disertai oleh adik Alya Maisarah,  Elliana Catrina Herrera,  Syafiqah dan Navvetha.

Pertandingan Saintis Muda disetai oleh adik Syafia Aqilah dan Sofea Nur Azzalea


Pertandingan Sicence Story Telling disertai oleh adik Sanjalee Aarti 


Tahniah  dan syabas diucapkan kepada pasukan SK Puteri yang telah berjaya memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan semasa Karnival Sains & Teknologi (KASTEK) peringkat daerah Seremban dan peringkat Negeri Sembilan pada 19 ~ 20 Julai yang lalu. Antara kejayaan yang dimenangi  ialah :

  1. Pertandingan Eureka Ree Beach House - Naib Johan (peringkat negeri)
  2. Pertandingan Saintis Muda - Naib Johan  (peringkat daerah)
  3. Science Story Telling - Naib Johan (peringkat daerah)  

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat.