28 Mac - Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik CHEN YU JIE dari Tahun 6 Delima yang telah memenangi pingat gangsa dalam acara Squash peringkat MSSM 2017. Semoga kejayaan adik Chen Yu Jie ini akan menjadi inspirasi kepada murid-murid SK Puteri yang lain untuk terus mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang.
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Tuesday, 28 March 2017
Thursday, 23 March 2017
Pandu Puteri Tunas ke Kemboja
23 Mac - Empat orang murid serta dua orang guru pembimbing badan berunifrom Pandu Puteri Tunas telah berangkat ke Kemboja di bawah Projek Persahabatan melalui Pendidikan dan Kesihatan. Mereka telah berangkat ke Kemboja dengan penerbangan pada18 Mac dan pulang pada 22 Mac yang lalu. Semoga usaha mereka dapat dicontohi oleh warga SK Puteri khususnya murid-murid yang lain.
TAHNIAH..
Sunday, 19 March 2017
PUTERI tempat ke-3 Kejohanan Bola Sepak Wanita
18 Mac - Walaupun baru ditubuhkan, pasukan bola sepak wanita SK Puteri telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak AFC Women;s Footbal Day yang diadakan di Wisma FAM Kelana Jaya. Semoga Pasukan Bola Sepak Wanita SK Puteri terus maju..TAHNIAH dan SYABAS!!!
Thursday, 9 March 2017
Tahniah adik Sri Qistina!!
9 Mac - Adik Sri Qistina Shehrul Nizam dari tahun 2 Topaz telah menjuarai acara Champion in Powerman Malaysia , Asia Championship bertempat di Putrajaya baru-baru ini. Semoga kejayaan adik Sri Qistina dapat memberi aspirasi kepada semua pelajar SK Puteri untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.
Tuesday, 28 February 2017
Kejohanan Gimrama MSSNS 2017
28 Feb - Tahniah kepada atlet dari SK Puteri yang telah memenangi pingat dalam Kejohanan Gimrama MSSNS 2017 bertempat di Pusat Kecemerlangan Gimrama JPNS pada 22 Februari 2017.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada :
1) Adik Dhania Alyssa Bt Nashruddin (Tahun 5)
Pingat Perak : Acara bola, tali dan gelung gred 1
Pingat Gangsa : Kategori latihan tanpa alatan gred 1 dan kategori keseluruhan
2) Adik Melur Melissa Bt Hilal (Tahun 4)
Pingat Gangsa : kategori tali gred 1
Sunday, 26 February 2017
Hari Peringatan Sedunia 2017 Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri Sembilan
25 Feb - Seramai 4 orang murid SK Puteri terlibat dalam aktiviti Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tunas 2017 Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.
Murid yang terlibat ialah :
1. Raesya Ristina - Tahun 4
2. Mia Qistina - Tahun 4
3. Nur Myra Damia - Tahun 5
4. Nurin Darwisya - Tahun 4
Thursday, 11 August 2016
Pandu Puteri Tunas ke United Kingdom
27 Julai~7 Ogos-Syabas dan tahniah kepada guru penasihat dan 3 orang pelajar ahli Pandu Puteri Tunas yang telah menyertai International Scout and Guide Camp Charnwood 2016 di Leicestershire United Kingdom.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























