Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

Saturday 10 September 2016

Pelancaran Program Fun Walk PIBG SK Puteri

     
 

 

9 Sept - Pelancaran Program Fun Walk yang merupakan program yang dirancang oleh PIBG SK Puteri. Program ini dimulakan dengan aktiviti mengumpul dana menggunakan kad Fun Walk yang diedarkan kepada seluruh warga SK Puteri. Hadiah-hadiah yang menarik akan diberikan kepada pengumpul dana tertinggi mingguan dan beberapa kategori keseluruhan bagi menggalakkan warga SK Puteri mengumpul dana untuk program ini. Aktiviti Fun Walk akan diadakan pada 5 Nov 2016 bertempat di Taman Tasik Seremban. Di harap seluruh warga SK Puteri dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Sunday 4 September 2016

Selamat Menduduki UPSR


4 Sept - Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada 154 calon anak-anak Sk Puteri. Didoakan supaya mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Saturday 3 September 2016

Ujian aptitud Tahun 6



30 Julai - Murid-murid tahun 6 menduduki kertas ujian aptitud. Didoakan semoga anak-anak Sk Puteri mendapat keputusan yang cemerlang.