Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my
Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

Sunday, 12 March 2017

Porgram Flora Rosa

































11 Mac - Telah berlangsung satu progrram "Flora Rosa" dengan kerjasama PIBG SK Puteri yang bertujuan untuk membersihkan dan menceriakan lagi kawasan sekolah untuk keselesaan semua pihak.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sama-sama turut hadir untuk menjayakan program ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru SK Puteri. Dengan kerjasama dari semua pihak, kerja-kerja pembersihan dan menceriakan sekolah dapat dijalankan dengan lancar.
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Thursday, 2 March 2017

Masyuarat Khas PIBG



1 Mac - Satu mesyuarat khas PIBG SK Puteri telah diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang tahun 2017. Semoga semua aktivit yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Thursday, 23 February 2017

Hari Kantin Pra Sekolah








22 Feb - Sekitar Hari Kantin Pra Sekolah Puteri yang diadakan secara tertutup untuk murid-murid dan warga SK Puteri sahaja. Walaupun begitu, ianya tetap mendapat sambutan dapat dilaksanakan dengan meriah dengan sokongan guru-guru dan ibu-ibu yang turut serta menjayakan program ini. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sunday, 19 February 2017

Kem Motivasi Gemilang Tahun 6








17 & 18 Feb - Bertempat di Rantau Eco Park telah dijalankan Kem Motivasi Gemilang bagi pelajar Tahun 6. Objektif kem adalah untuk meningkatkan semangat para pelajar khususnya untuk menghadapi peperiksaan UPSR bagi sesi 2017. Semoga murid-murid Puteri terus cemerlang.


Saturday, 21 January 2017

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23


21 Feb - Telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SK Puteri sesi 2017/2018 kali ke 23 di Dewan Tuanku Ampuan Najihah dengan jayanya.Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan turut memberi komitmen yang jitu untuk terus mengekalkan kegemilangan SK Puteri.

Friday, 6 January 2017

Sumbangan PIBG




6 Jan - Sumbangan sempena permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2017 daripada pihak PIBG SK Puteri. Penerima sumbangan terdiri daripada murid yang kurang berkemampuan.