Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

Thursday 17 November 2016

29 orang 6A..Tahniah PUTERI!!




17 Nov - Sekali lagi SK Puteri membuktikan kecemerlangan dengan meletakkan nama sekolah yang teratas dalam bilangan pelajar yang menerima keputusan 6A iaitu seramai 29 orang.Tahniah untuk semua pelajar yang mendapat 6A, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan dorongan.Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa..ianya hanya satu permulaan..teruskan berusaha!! TAHNIAH..

Wednesday 9 November 2016

Anugerah Pandu Puteri Tunas Peringkat Kabangsaan 2016






Penerima anugerah Disney 2016
3 ~ 6 Nov - Bertempat di Bukit Gambang Resort City telah berlangsung Majlis Anugerah Pandu Puteri Tunas Kebangsaan 2016 oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Seramai 8 orang murid  telah mewakili Negeri Sembilan dan 5 daripada mereka adalah dari SK Puteri. Mereka telah berjaya menerima Anugerah Disney 2016. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat iaitu:

1) Arianna
2) Nurul Fatihana
3) Nurul Fatiha
4) Nur Intan Alyaa
5) Irsya Saffiya

Saturday 5 November 2016

FUNWALK 1 MALAYSIA SK PUTERI









5 Nov - Bertempat di Taman Tasik Seremban telah berlangsung aktiviti Fun Walk yang dianjurkan oleh pihak PIBG SK Puteri dan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri (Kol) Syed Ibrahim Bin Kader (Ahli Dewan Negara). Aktiviti ini turut menjayakan beberapa kempen seperti :

  • Kempen Perpaduan 1 Malaysia
  • Kempen Keselamatan Jalanraya
  • Kempen Makan Buah-buahan & Sayur-sayuran
  • Kempen Kenali Taman Awan Destinasi Popular

Aktiviti diserikan dengan sumbangan topi keledar dan cabutan bertuah.