Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

Tuesday 28 February 2017

Kejohanan Gimrama MSSNS 2017



28 Feb - Tahniah kepada atlet dari SK Puteri yang telah memenangi pingat dalam Kejohanan Gimrama MSSNS 2017 bertempat di Pusat Kecemerlangan Gimrama JPNS pada 22 Februari 2017.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada :

1) Adik Dhania Alyssa Bt Nashruddin (Tahun 5)
    Pingat Perak : Acara bola, tali dan gelung gred 1
    Pingat Gangsa : Kategori latihan tanpa alatan gred 1 dan kategori keseluruhan

2) Adik Melur Melissa Bt Hilal (Tahun 4)
    Pingat Gangsa : kategori tali gred 1



Sunday 26 February 2017

Hari Peringatan Sedunia 2017 Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri Sembilan





25 Feb - Seramai 4 orang murid SK Puteri terlibat dalam aktiviti Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tunas 2017 Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.

Murid yang terlibat ialah :

1. Raesya Ristina      - Tahun 4
2. Mia Qistina          - Tahun 4
3. Nur Myra Damia  - Tahun 5
4. Nurin Darwisya   -  Tahun 4

Friday 24 February 2017

Pelancaran Program Sekolah Penyanyang









24 Feb - Telah berlangsung pelancaran Program Sekolah Penyayang peringkat SK Puteri bertemakan sambutan hari lahir untuk guru-guru dan murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari. Majlis disempurnakan oleh Guru Besar Cemerlang SK Puteri Pn, Nadiah Chin bt Abdullah.

Thursday 23 February 2017

Hari Kantin Pra Sekolah








22 Feb - Sekitar Hari Kantin Pra Sekolah Puteri yang diadakan secara tertutup untuk murid-murid dan warga SK Puteri sahaja. Walaupun begitu, ianya tetap mendapat sambutan dapat dilaksanakan dengan meriah dengan sokongan guru-guru dan ibu-ibu yang turut serta menjayakan program ini. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Monday 20 February 2017

PKSR Ujian 1 2017

                
20 Feb - Makluman kepada ibubapa, PKSR Ujian 1 akan diajalankan pada 27 Februari hingga 2 Mac 2017. Surat pemberitahuan dan jadual ujian seperti di atas telah diedarkan kepada semua murid untuk panduan dan rujukan.

LDP 1 Frog VLE












18 Feb - Bengkel Advokasi & Protege Frog VLE dijalankan di makmal ICT SK Puteri yang dihadiri oleh guru-guru SK Puteri yang bertujuan untuk memantapkan penggunaan Frog VLE dalam PdPc masakini. Guru-guru dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 'Advokasi' yang terdiri daripada guru-guru pembimbing dan 'Protege' iaitu guru-guru yang dibimbing.

Sunday 19 February 2017

Kem Motivasi Gemilang Tahun 6








17 & 18 Feb - Bertempat di Rantau Eco Park telah dijalankan Kem Motivasi Gemilang bagi pelajar Tahun 6. Objektif kem adalah untuk meningkatkan semangat para pelajar khususnya untuk menghadapi peperiksaan UPSR bagi sesi 2017. Semoga murid-murid Puteri terus cemerlang.


Monday 13 February 2017

Perlantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas sesi 2017


  


13 Feb - Perlantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas bagi sesi 2017. Semoga murid-murid yang telah dilantik dapat menonjolkan sifat kepimpinan seterusnya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dengan bimbingan guru-guru dan ibu bapa.

Monday 6 February 2017