Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

Sunday, 12 March 2017

Porgram Flora Rosa

































11 Mac - Telah berlangsung satu progrram "Flora Rosa" dengan kerjasama PIBG SK Puteri yang bertujuan untuk membersihkan dan menceriakan lagi kawasan sekolah untuk keselesaan semua pihak.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sama-sama turut hadir untuk menjayakan program ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru SK Puteri. Dengan kerjasama dari semua pihak, kerja-kerja pembersihan dan menceriakan sekolah dapat dijalankan dengan lancar.
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Program Motivasi Kepimpinan Pengawas anjuran bersama Kelab Rakan Siswa UKM




11 Mac - Satu Program Motivasi Kepimpinan Pengawas telah diadakan di dewan Tuanku Ampuan Najihah SK Puteri dengan anjuran bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa UKM. Semoga program ini dapat menyuntik semangat positif dalam diri barisan kepimpinan pengawas SK Puteri.

Saturday, 11 March 2017

Pelancaran Program Mentor Mentee Akademik & Sahsiah


















10 Mac - Pelancaran Program Mentor Mentee Akademik dan Sahsiah yang disempurnakan oleh Guru Besar Cemerlang SK Puteri Pn. Nadiah Chin Bt Abdullah. Beberapa orang guru telah diberi anugerah 'Mentor Paling Aktif' dengan rekod perjumpaan yang kerap bersama mentee asing-masing. Guru-guru telah dibahagikan mengikut kumpulan dengan mentee masing-masing yang terdiri dari murid-murid Tahun 6. Antara objektif penubuhan program ini adalah bagi membolehkan murid mengadu dan mendapatkan khidmat nasihat dari mentor masing-masing berkaitan sebarang permasalahan samada dari segi akademik dan bukan akademik. Program Mentor Mentee Sahsiah akan dijalankan di dalam setiap setiap kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Thursday, 9 March 2017

Tahniah adik Sri Qistina!!


9 Mac - Adik Sri Qistina Shehrul Nizam dari tahun 2 Topaz telah menjuarai acara Champion in Powerman Malaysia , Asia Championship bertempat di Putrajaya baru-baru ini. Semoga kejayaan adik Sri Qistina dapat memberi aspirasi kepada semua pelajar SK Puteri untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang.