Selamat datang ke laman rasmi SK Puteri Seremban https://sk-puteri.blogspot.my

Tuesday 28 March 2017

TAHNIAH adik Chen Yi Jie!!


28 Mac - Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik CHEN YU JIE dari Tahun 6 Delima yang telah memenangi pingat gangsa dalam acara Squash peringkat MSSM  2017. Semoga kejayaan adik Chen Yu Jie ini akan menjadi inspirasi kepada murid-murid SK Puteri yang lain untuk terus mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang.

Thursday 23 March 2017

Pandu Puteri Tunas ke Kemboja






23 Mac - Empat orang murid serta dua orang guru pembimbing badan berunifrom Pandu Puteri Tunas telah berangkat ke Kemboja di bawah Projek Persahabatan melalui Pendidikan dan Kesihatan. Mereka telah berangkat ke Kemboja dengan penerbangan pada18 Mac dan pulang pada 22 Mac yang lalu. Semoga usaha mereka dapat dicontohi oleh warga SK Puteri khususnya murid-murid yang lain.
TAHNIAH.. 

Sunday 19 March 2017

PUTERI tempat ke-3 Kejohanan Bola Sepak Wanita










18 Mac - Walaupun baru ditubuhkan, pasukan bola sepak wanita SK Puteri telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak AFC Women;s Footbal Day yang diadakan di Wisma FAM Kelana Jaya. Semoga Pasukan Bola Sepak Wanita SK Puteri terus maju..TAHNIAH dan SYABAS!!!

Saturday 18 March 2017

Penubuhan Bridget Bestari SK Puteri








17 Mac - Sekitar majlis penubuhan pasukan Bridget Bestari SK Puteri. Antara objektif penubuhan pasukan ini adalah :


  • Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam  menggunakan aplikasi di sekolah. 
  • Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah.  
  • Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam  bidang ICT.     
  • Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan Komunikasi ICT di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.  
  • Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi  maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.         

Pasukan ini terdiri daripada beberapa orang guru yang dilantik sebagai advokasi dan dua orang murid dari setiap kelas bermula dari murid tahun 2 sehingga tahun 6. Semoga pasukan ini dapat membantu SK Puteri dalam meningkatkan penggunaan dan pengetahuan tentang ICT khususnya penggunaan aplikasi FROG VLE. 

Wednesday 15 March 2017

Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi..Tahniah PUTERI!!




15 Mac - Dengan rasminya  SK Puteri Seremban dianugerahkan sebagai SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT). Pengiktirafan telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia kepada Guru Besar Cemerlang Pn. Nadiah Chin Bt. Abdullah  Terima kasih dan jutaan tahniah kepada semua warga Sk Puteri.

SEKOLAHKU TERBILANG

Sunday 12 March 2017

Porgram Flora Rosa

































11 Mac - Telah berlangsung satu progrram "Flora Rosa" dengan kerjasama PIBG SK Puteri yang bertujuan untuk membersihkan dan menceriakan lagi kawasan sekolah untuk keselesaan semua pihak.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sama-sama turut hadir untuk menjayakan program ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru SK Puteri. Dengan kerjasama dari semua pihak, kerja-kerja pembersihan dan menceriakan sekolah dapat dijalankan dengan lancar.
TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.